Isteri mengaku tidak bersalah bunuh suami

SHAH ALAM: Seorang ejen insurans sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pagi tadi terhadap pertuduhan bersubahat membunuh suaminya, Februari lalu.R Kavitha, 31, didakwa bersubahat bersama dua lelaki, pemasang kabel syarikat televisyen berbayar, L Vasanthakumar,22, dan buruh, R Rathakrishnan, 20, membunuh kontraktor, S Sivananthan, 31, di sebuah bilik di rumah mangsa di Bukit Tinggi, Klang, pada 22 Februari lalu.

Vasanthakumar dan Rathakrishnan juga mengaku tidak bersalah di mahkamah sama pagi tadi terhadap pertuduhan membunuh mangsa. Pesuruhjaya kehakimanan Mohd Yazid Mustafa menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top