Istiadat pengurniaan darjah kebesaran tertinggi Negeri Sembilan itu berlangsung di Dewan Istana Besar Seri Menanti, di sini.Darjah ini yang diwujudkan pada 1978 dikurniakan kepada kaum kerabat diraja Negeri Sembilan dan Sultan dan Raja di Malaysia yang bersahabat karib dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
[+/-] |
Isteri mengaku tidak bersalah bunuh suami |
SHAH ALAM: Seorang ejen insurans sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pagi tadi terhadap pertuduhan bersubahat membunuh suaminya, Februari lalu.R Kavitha, 31, didakwa bersubahat bersama dua lelaki, pemasang kabel syarikat televisyen berbayar, L Vasanthakumar,22, dan buruh, R Rathakrishnan, 20, membunuh kontraktor, S Sivananthan, 31, di sebuah bilik di rumah mangsa di Bukit Tinggi, Klang, pada 22 Februari lalu.
Vasanthakumar dan Rathakrishnan juga mengaku tidak bersalah di mahkamah sama pagi tadi terhadap pertuduhan membunuh mangsa. Pesuruhjaya kehakimanan Mohd Yazid Mustafa menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
[+/-] |
|
KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati D.K. (NS) kepada Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.Istiadat pengurniaan darjah kebesaran tertinggi Negeri Sembilan itu berlangsung di Dewan Istana Besar Seri Menanti, di sini.
Darjah ini yang diwujudkan pada 1978 dikurniakan kepada kaum kerabat diraja Negeri Sembilan dan Sultan dan Raja di Malaysia yang bersahabat karib dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Realisasikan pusat asuhan anak
Oleh SABITHA MARICAN
Pagi-pagi lagi saya ternampak lirikan senyuman riang seorang rakan yang memberitahu bahawa beliau kini boleh menarik nafas lega dengan adanya galakan mengadakan pusat asuhan di tempat kerja. Malah ramai wanita berkerjaya yang mempunyai anak, sudah lama tertunggu-tunggu berita gembira yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu.
Pusat asuhan untuk si kecil sebenarnya bukan satu usaha yang kecil, kerana ia mempunyai kesan yang besar ke atas ketenangan minda ibu bapa, kebahagiaan pasangan suami isteri, sikap terhadap wanita, masalah sosial anak-anak dan produktiviti organisasi.
Manakan tidak, kini ramai wanita boleh terus ke tempat kerja bersama anak. Mereka tidak perlu kelam-kabut berkejar ke tempat penjaga dan kemudian ke tempat kerja. Lagipun kalau tidak ada penjaga anak yang datang pada hari itu atau pembantu perlukan cuti, kini sudah ada tempat untuk meninggalkan anak mereka dalam keadaan yang selamat.
Masalah kerisauan mengenai pembantu yang memberikan pelbagai "berita tergempar" seperti "saya ada kecemasan", "saya sakit", "saya nak berhenti" di pagi hari kini sudah mungkin dapat di atasi. Malah ibu bapa juga tidak perlu memberikan alasan "tergempar" yang sama kepada majikan kerana terpaksa mengambil cuti kecemasan.
Oleh itu dengan adanya pusat asuhan yang di tempat kerja akan memberikan ketenangan jiwa bagi semua pihak yang terlibat. Yang paling penting anak-anak tidak menjadi mangsa keadaan.
Dari satu aspek lain pula, dengan adanya pusat penjagaan anak maka para suami juga boleh sama-sama membahagikan tanggungjawab menjaga anak. Dalam kajian saya, di kalangan hampir 1,000 orang wanita dwi kerja, kurang daripada tujuh peratus sahaja suami mereka yang dikatakan membantu.
Mungkin dengan adanya pusat asuhan, anak-anak boleh di tempatkan di tempat kerja ibu dan di tempat kerja bapa. Secara tidak langsung tanggungjawab menjaga anak boleh dibahagikan sama rata antara lelaki dan wanita dan dasar mesra keluarga juga akan tercapai dengan sendirinya.
Sehubungan itu, para suami yang sebelum ini mungkin tidak membantu dalam penjagaan anak, sudah boleh membahagi tugas bersama isteri.
Kajian saya juga mendapati sebahagian besar kerja rumah dilakukan oleh wanita (82.4 peratus) dan antara tanggungjawab yang menjadi "hak" wanita secara automatik adalah mengendalikan dan menguruskan penjagaan anak. Jenis kerja rumah yang dilakukan oleh lelaki adalah berhubung bantuan "bila perlu" atau "kerja berkala" yang berkaitan dengan fizikal. Umpamanya mengangkat sampah, basuh kereta, menukar mentol, menghantar anak ke sekolah atau tusyen.
Oleh itu pusat asuhan secara tidak langsung dapat memupuk semangat saling menolong antara satu sama lain. Malah banyak kajian lain menunjukkan sekiranya suami membantu kerja rumah isteri maka keluarga itu akan cenderung lebih bahagia. Ini kerana api kemarahan isteri akan terpadam dengan bantuan yang dicurahkan oleh suami.
Ia disokong dengan luahan rasa oleh responden kajian saya mahupun oleh beberapa kajian di Barat, bahawa sebahagian besar wanita berpendapat bantuan suami adalah salah satu cara mempamerkan kasih sayang kepada isteri. Maka satu lagi hasrat "rumahku syurgaku" akan turut tercapai dengan adanya pusat jagaan anak-anak.
Pusat penjagaan anak-anak juga dapat mengelakkan pelbagai gejala sosial yang berpotensi besar berlaku kepada anak-anak yang balik ke rumah yang "kosong" tanpa ibu bapa. Pelbagai kes telah dilaporkan mengenai bala yang menimpa anak-anak yang ditinggalkan tanpa penjaga.
Ini kerana dalam usia muda mereka begitu kreatif dan akan mudah terpengaruh dengan pelbagai bisikan rakan sebaya yang mungkin terlibat dengan budaya lepak, ponteng sekolah, merokok, dadah, seks bebas, gengsterisme, lumba haram dan lain-lain kes juvenil yang cukup menggerunkan.
Daripada perspektif organisasi pula, pusat asuhan bukan sahaja mendapat potongan cukai sebanyak 10 peratus tetapi juga akan mengurangkan masalah berhenti kerja. Menurut kajian di Barat, mereka telah dapat mengesan masalah ini apabila tahap ponteng kerja wanita menurun ketika anak-anak mereka dalam peringkat umur remaja.

SEPANJANG beberapa bulan mengguna uji telefon bimbit Sony Ericsson model K770i sedikit masa lalu, model yang satu ini sangat jarang penulis dedahkan kepada rakan-rakan.
Bukan kerana tidak teruja dengan reka bentuk modennya yang sekilas pandang sahaja sudah cukup memikat hati, tetapi kerana warna ungu berkilat yang membalut tubuh telefon bimbit ini yang bagi penulis sangat terserlah sifat femininnya.Lalu daripada rasa dan tanggapan awal itu, dapatlah penulis simpulkan bahawa model ini yang turut didatangkan dengan lima warna lain yang sinonim dengan wanita sebenarnya ditujukan khusus kepada golongan itu.
Tanggapan itu diperkukuhkan lagi dengan binaan papan kekunci telefon bimbit jenis 3G ini yang dibina daripada material aluminium berkilat yang sangat terserlah sisi ‘cantik dan jelita’ nya.
[+/-] |
Waran tangkap Mohamad Sabu dibatal |
NIBONG TEBAL: Mahkamah Majistret Jawi di sini, hari ini membatalkan waran tangkap terhadap Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya yang gagal menghadiri perbicaraan du mahkamah itu semalam.
Majistret Nur Ashikin Mokhtar mengeluarkan perintah itu selepas peguam yang menwakili semua tertuduh, Yusnita Yusoff, memohon supaya waran itu tidak dikeluarkan kerana berlaku kesilapan teknikal mengenai tarikh perbicaraan.
Yusnita memberitahu mahkamah bahawa kesilapan itu kerana pihak pembelaan
menjangkakan kes itu tidak akan berjalan memandangkan Majistret Mohd Izham Ali yang mengendalikannya sedang berkursus.
Timbalan Pendakwa Raya Mukhriz Mat Rus tidak membantah permohonan peguam
bela itu.
Kesemua tertuduh hadir di mahkamah hari ini.
Majistret Nur Ashikin dari Mahkamah Butterworth yang menggantikan Mohd
Type rest of the post here
[+/-] |
|
Siti akan berubah perlahan-lahan
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meminta peminat memberi masa kepadanya untuk memakai tudung sepenuhnya. “Saya akui selesa memakai selendang kecuali untuk disesuaikan dengan persembahan tertentu yang perlu memakai tudung.“Ini kerana saya tidak mahu perubahan drastik. Insya-Allah, saya akan lakukan perubahan ini secara perlahan-lahan dan harap peminat bersabar,” katanya.
Ahad lalu, seorang peminat menegur Siti Nurhaliza menerusi ruangan i-Metro dalam Metro Ahad mengatakan penyanyi itu tidak konsisten memakai tudung kerana dalam video klip, rambut ditutup, tetapi leher terdedah.
Peminat terbabit turut menegur rambut penyanyi wanita nombor satu negara itu terdedah pada waktu santai.
Perkara itu juga pernah dibangkit beberapa peminat lain yang memberi pendapat jika fesyen Siti Nurhaliza sebegitu, lebih baik membuka terus tudung atau selendang kerana imej dulu lebih cantik.
Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menyatakan dia bersedia menerima apa saja maklum balas daripada peminat mengenai penampilannya sekarang sama ada positif atau negatif.
Dia berkata, tidak mahu melakukan perubahan drastik, sebaliknya dilakukan secara perlahan-lahan.
Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukan sekadar selendang untuk menutup rambut.
Type rest of the post here
[+/-] |
|
Siti akan berubah perlahan-lahan
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meminta peminat memberi masa kepadanya untuk memakai tudung sepenuhnya.Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukan sekadar selendang untuk menutup rambut.
Type rest of the post here