SEPANJANG beberapa bulan mengguna uji telefon bimbit Sony Ericsson model K770i sedikit masa lalu, model yang satu ini sangat jarang penulis dedahkan kepada rakan-rakan.
Bukan kerana tidak teruja dengan reka bentuk modennya yang sekilas pandang sahaja sudah cukup memikat hati, tetapi kerana warna ungu berkilat yang membalut tubuh telefon bimbit ini yang bagi penulis sangat terserlah sifat femininnya.Lalu daripada rasa dan tanggapan awal itu, dapatlah penulis simpulkan bahawa model ini yang turut didatangkan dengan lima warna lain yang sinonim dengan wanita sebenarnya ditujukan khusus kepada golongan itu.
Tanggapan itu diperkukuhkan lagi dengan binaan papan kekunci telefon bimbit jenis 3G ini yang dibina daripada material aluminium berkilat yang sangat terserlah sisi ‘cantik dan jelita’ nya.






0 comments:
Post a Comment